JASRA Melaka akan menyertai National Field Day 2019 yang akan dilaksanakan pada 15 dan 16 September 2019 dan menggunakan callsign 9M4CJM, Jebat DX Club, acara tahunan ini merupakan satu aktiviti lapangan yang dianjurkan oleh MARL dengan konsep utama melaksanakan aktiviti lapangan di kawasan umum dengan beberapa tujuan, antaranya
a. Mempromosikan radio amatur kepada orang ramai dengan setup peralatan dilapangan dan live demonstration
b. Menentukan peralatan radio, kabel dan antenna dalam keadaan baik dan boleh bekerja di kawasan bencana sekiranya diperlukan
c. Boleh berkomunikasi di lapangan dengan menggunakan kuasa bateri atau generator tanpa kebergantungan bekalan kuasa elektrik komersial
Perkara menarik yang dirancangkan pada tahun ini ialah bekerjasama dengan peminat dan penggiat aktiviti layang-layang Melaka yang dikenali sebagai Impian Kite.
Satu kelainan cuba dicipta dimana JASRA Melaka melalui Jebat DX Club akan memancar di 80 meter, 40 meter dan 20 meter band menggunakan antenna End Fed Half Wave (EFHW) yang disambungkan dengan layang-layang.Ah Guan yang membuat demonstrasi layang-layang ini kepada Pak Mus 9W2USM sangat seronok untuk bersama-sama menyokong dan bekerjasama dengan radio amatur, yang sebelum ini belum pernah dibuat.
Antenna ini terbukti berkesan setelah diuji cuba semasa aktiviti SOTA yang dilaksanakan baru-baru ini, pada 1 September.
Selain dari itu, usaha akan cuba dibuat juga untuk menaikkan crossband repeater UHF VHF sebagai payload kepada layang-layang tersebut.
Sebagai tambahan, aktiviti komunikasi Amateur Radio Satellite (AMSAT) juga akan dilaksanakan menggunakan Antenna Yagi UHF dan VHF yang akan dipasang di rotator yang dilengkapi dengan azimuth dan elevation yang dkawal oleh komputer yang akan mengesan dan mengikuti satelit tersebut.
Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mempelajari dan sama-sama meneroka, marilah bersama-sama memeriahkan aktiviti ini yang akan diadakan di kawasan lapang berhampiran Pantai Klebang.
Difahamkan juga bahawa Ranger Communications (M) Sdn. Bhd akan turut serta untuk menguji peralatan mereka dan menyediakan set radio demo. Ribuan terima kasih kepada Ranger Communications kerana turut sama memeriahkan aktiviti ini.
Sumber inspirasi dan rujukan: