Muar and The Early Lists of Victor Sierra

Satu perkongsian maklumat yang sangat berharga telah ditulis oleh 9M2ESM Bang Syamsul Bahri di blog beliau. Dari gaya penulisan beliau, menunjukkan ketelitian beliau membuat kajian dan rujukan terhadap sejarah Radio Amatur, khususnya di Muar, negeri Johor dan Malaya amnya pada ketika itu.

Antara petikan dari blog beliau…

Selain itu seiring dengan perkembangan komunikasi tanpa wayar yang berkembang, Kerajaan Johor Moden tidak ketinggalan dalam mempeloporinya di negeri-negeri Melayu pada ketika itu melalui beberapa pengujian yang bertempat di Muar oleh Allahyarham Tunku Temenggong Ahmad yang pada ketika itu bertugas sebagai Muar State Commissioner pada awal 1930an melalui suatu perlesenan khas yang dipanggil sebagai radio amatur. Tunku Temenggong Ahmad dengan callsign VS3AE merupakan anak melayu pertama di negeri-negeri Melayu dan di Johore serta terawal di Muar yang mempunyai callsign radio amatur iaitu seawal tahun 1932 dan Muar merupakan lokasi pengujian komunikasi dan base station beliau.

Radio amatur pada awal 1920an dan 1930an merupakan alat komunikasi tanpa wayar yang cukup penting selepas melihat kepentingannya dalam pelbagai urusan termasuk dari aspek keselamatan dan ketenteraan. Radio amatur di Tanah Melayu merupakan pelopor kepada wujudnya stesen-stesen broadcast radio komersil di Persekutuan Tanah Melayu selepas era pra dan pasca kemerdekaannnya. Cerita lebih lanjut berkaitan pembabitan Tunku Temenggong Ahmad dalam radio akan saya nukilkan kerana terlalu banyak bahan yang telah berjaya saya kumpul untuk tatapan semua.

Sedikit sejarah, callsign radio amatur mula diusahakan penyusunannya setelah berlakunya International Radiotelegraph Convention 1912 dan usaha menyeluruh diamalkan diseluruh dunia menjelang 1920an. Di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, prefix callsign radio amatur agak berlainan sebelumnya muncul prefix 9M2, 9M6 dan 9M8. Ini kerana perubahan era pentadbiran dan pemerintahan yang boleh dikategorikan mengikut perubahan sebelum WWII dan selepas WWII. Berikut adalah…..

 

Tahniah kepada bang Syamsul diatas usaha beliau membuat penulisan berkualiti seperti ini. Maklumatnya begitu lengkap dalam merekodkan sejarah radio amatur. Sila layari Blog beliau sebagai bahan bacaan dan rujukan untuk maklumat yang lebih terperinci.