Karnival STEM dan Inspirasi Generasi Muda Peringkat Negeri Johor

stem09MARL mengucapkan ribuan terima kasih kepada JASRA yang telah menyertai Karnival STEM di SMK Taman Scientex, Pasir Gudang pada 26 dan 27 April 2019 yang lalu. Aktiviti yang berlaku tidak dapat dikenalpasti kerana masih menunggu laporan dan berita dari sahabat yang telah mengorbankan masa berharga mereka untuk memeriahkan dan sebagai penyertaaan. Setakat ini yang diterima hanyalah gambar-gambar sahaja tanpa dijelaskan cerita dan kisahnya.

Walau apa pun, difahamkan beberapa orang murid telah mencuba menggunakan radio dan berkomunikasi di JASRA Linking dengan bimbingan rakan ham kita untuk memberi peluang mereka merasai QSO dan memupuk minat menyertai radio amatur kemudian hari.

Mudah-mudahan penyertaan dan aktiviti sebegini akan lebih menyemarakkan aktiviti ham radio oleh persatuan-persatuan di bawah naungan MARL.

Sila klik gambar dibawah untuk galeri gambar.