PUTRAJAYA SLALOM FOX HUNTING 2019

Sumber: Facebook PARC

Komuniti Radio Amatur Putra Jaya atau Putra Jaya Amateur Radio Community (PARC) akan menganjurkan aktititi Slalom Fox Hunting 2019 pada Sabtu, 28 September 2019.

PENDAFTARAN

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 14hb September 2019.

Klik link untuk pendaftaran

PEMBAYARAN

Yuran Penyertaan : RM30 seorang
Bank : Maybank
Nombor Akaun : 5660-1063-2546
Nama : KOMUNITI RADIO AMATUR PUTRAJAYA

Setelah pembayaran dibuat, sila serta kan slip pembayaran kepada 9W2CLH di no 019-911 1171 bagi tujuan rekod.

Sebarang makluman, pihak kami akan menghubungi secara email.

LOKASI

KOMPLEKS KEJIRANAN PRESINT 16,
JALAN P 16G, PRESINT 16, PUTRAJAYA.
( Tempat pertandingan Audio Dubling tahun lepas )

Hadiah Istimewa Untuk Direbut :
Antaranya:
Motorola Gp328 Vhf
Antenna V2 four – V24

Klik untuk melihat antara hadiah yang ditawarkan

Format Pertandingan : Penerangan oleh juri, sebelum pertandingan dimulakan.

Bagaimana pertandingan Slalom Fox Hunting dijalankan, sila Klik

Lihat Video

Syarat-Syarat pertandingan

1. Terbuka kepada semua peringkat umur.

2. Terbuka kepada semua pemegang lesen radio amatur kelas A dan B serta SWL.

3. Peserta hanya dibenarkan menggunakan satu (1) antenna directional dan satu (1) receiver 2m band (transceiver juga dibenarkan).

4. Sebarang gajet tambahan seperti attenuator, sniffer dan lain-lain juga dibenarkan.

5. Semua peralatan peserta yang akan digunakan dalam pertandingan wajib diperiksa oleh pihak penganjur.

6. Peserta tidak dibenarkan samasekali untuk memancar pada frekuensi yg digunakan oleh beacon semasa pertandingan.

7. Semua peralatan peserta yg telah diperiksa akan dikuarantin oleh penganjur.

8. Penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta sekiranya berlaku perlanggaran syarat yang telah ditetapkan.

9. Segala syarat penganjur yang tertakluk boleh diubah mengikut kesesuaian oleh penganjur tanpa makluman kepada peserta.

10. Keputusan juri adalah muktamad.

***Segala perubahan akan kami maklumkan dari masa kesemasa.