Perbualan Operator Amatur di Jaluran HF 40m | Amateur Radio Operator Communication in HF 40m Band

Sumber: Facebook Aman Fathur

Video ini memaparkan keadaan sebenar perhubungan dua Stesen Radio Amatur iaitu 9M2ZLI di Tanah Merah, Kelantan dan 9W2AUG di Manjung, Perak. Kedua-dua stesen tersebut sedang melakukan sedikit ujian teknikal berkenaan sistem campuran audio. Komunikasi di jaluran HF membolehkan Operator Amatur untuk memperolehi kemampuan komunikasi jarak jauh. Sebagai fakta, Stesen Radio Amatur di Kuala Terengganu, Malaysia boleh berhubung dengan stesen lain di Russia, Eropah dan Australia. Dan untuk makluman, penulis iaitu 9W2FLP berjaya mencapai stesen di Belitung, Indonesia iaitu YF4ICC dengan jarak komunikasi 2250km.

Jaluran HF bermaksud komunikasi melalui gelombang radio frekuensi tinggi (High Frequency, HF). Jaluran ini merupakan jalur komunikasi utama sesebuah Stesen Radio Amatur untuk berkomunikasi antara negeri, negara malah antara benua. Komunikasi ini berbeza dengan komunikasi radio amatur dalam jaluran VHF iaitu frekuensi sangat tinggi (Very High Frequency, VHF) seperti yang saya kongsikan dalam video sebelum ini.

Komunikasi VHF terbatas dengan ufuk radio iaitu lebih kurang 160km. Ufuk radio bermaksud had jarak komunikasi seumpama dari tempat terbit sehingga terbenam matahari, hujung ufuk arah hingga timur, begitu juga sekeliling lingkungan 360-darjah daripada Stesen Radio Amatur yang memancar. Ini kerana gelombang VHF berfungsi dengan konsep garis lurus (line of sight), akan tetapi gelombang HF adalah sangat besar dan berfungsi dengan konsep pembiasan di lapisan ionosfera. Pembiasan ke lapisan ionosfera ini kembali ke permukaan bumi dipantulkan semula ke lapisan ionosfera dan seterusnya sehingga sebuah lagi Stesen Radio Amatur menerima pancaran ini. Kaedah dan ciri gelombang HF seperti ini membolehkan komunikasi dengan jarak yang amat jauh dan kebiasaannya jaluran ini digunakan dalam bantuan bencana seperti gempa bumi dan tsunami.

Terima kasih kerana menonton video ini 
Mohon subscribe channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik pada masa akan datang 


Anda ingin tahu bagaimana cara Operator Amatur berkomunikasi di jalur Simplex V20. Dalam istilah Kod-Q amatur, komunikasi antara stesen dipanggil QSO. Video menunjukkan antara gambaran sebenar ketika komunikasi antara stesen berlangsung.

Ini adalah komunikasi Simplex, komunikasi Duplex melalui Stesen Pengulang adalah lebih kompleks. InsyaAllah, akan saya kongsikan dalam siri yang akan datang.

Subscribe channel YouTube saya untuk mengikuti video yang akan datang 😊 Terima kasih atas sokongan anda!!


Tahniah kepada Dr Fathurrahman Lananan 9W2FLP kerana pengkongsian tersebut dan mudah-mudahan akan menjadi panduan dan kefahaman kepada rakan-rakan yang belum pernah mencuba komunikasi di High Frequency.  Diharapkan juga akan memupuk minat yang lebih mendalam terhadap komunikasi jarak jauh dengan membeli peralatan radio dan homebrew antenna yang bersesuaian.

Usaha beliau membuat editing video dan memuat naik ke Youtube Channel sangat terpuji dalam memberikan kefahaman dan mendokumentasikan apa-apa aktiviti radio amatur.