Mesyuarat AJK MARL 1/2019

Mesyuarat AJK MARL 1/2019 telah diadakan pada Sabtu, 9 Mac yang lalu dengan perbincangan yang sangat konstruktif. Dalam usaha untuk mengukuhkan gabungan persatuan-persatuan Radio Amatur seluruh negara melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang, sudah tentu komitmen dan usaha yang berterusan dari semua pihak sangat-sangat diharapkan.

Mesyuarat telah diadakan di Rumah Kelab MARES dan dihadiri oleh beberapa orang ‘key personal’ yang merupakan pengasas dan penggerak MARL sejak ianya mula ditubuhkan. Antara aktiviti yang dirancang ialah:

  1. World Amateur Radio Day (WARD), setiap tahun disambut pada 18 April. MARL akan melaksanakan aktiviti Malaysia 40 meter Net pada hari berkenaan sebagai tanda peringatan dan sambutannya.
  2. Malaysian Simulation Emergency Test (MySET). Dirancangkan akan dianjurkan pada 27 April 2019 dan butiran serta arahan terperinci akan dikeluarkan dalam jangka masa terdekat.
  3. MARL VHF and UHF CQ Contest. Aktiviti ini yang julung-julang kali akan dianjurkan pada 13 Julai 2019 dan butiran dan arahan lanjut akan dipersiapkan dan akan dihebahkan kepada semua rakan radio amatur, sama ada persatuan, kelab atau individu.
  4. National Field Day yang dianjurkan pada setiap tahun, 16 September akan diteruskan seperti tahun-tahun yang sebelumnya.
  5. Amateur Radio Reunion Day (ARRD). Setelah diperbincangkan, ARRD akan dianjurkan pada tahun hadapan, 2020 dan perbincangan terperinci akan dilaksanakan.

Demikanlah catatan ringkas terhadap aktiviti yang dirangka dan dirancangkan. Mudah-mudahan akan lebih menyerlah aktiviti dan perjuangan terhadap radio amatur. Selamat berjuang.