MENGAPA DIMULAKAN USAHA INI ?
Usaha ini dimulakan kerana sudah bertahun-‐tahun isu-‐isu yang melibatkan kepentingan semua operator radio amatur di Malaysia masih belum dapat diselesaikan. ‘Wakil’ radio amatur yang dipanggil oleh SKMM tidak mewakili semua radio amatur secara sah dan tidak menyuarakan pendapat dan kepentingan semua radio amatur di Malaysia.
Pertambahan operator radio amatur menyebabkan pertambahan kepada persatuan-‐persatuan baru. Senario hanya satu persatuan yang sedia ada untuk mewakili semua sudah tidak sesuai.
APAKAH ISU-‐ISU TERSEBUT ?
Masih tiada pihak yang dapat menjadi wakil rasmi semua atau majoriti radio amatur untuk berurusan dengan SKMM. Ini disebabkan oleh tiada badan rasmi yang mewakili semua radio amatur secara sah (dipersetujui oleh semua radio amatur). Pendapat atau cadangan individu atau dari satu persatuan adalah lemah dan tentu sekali tidak akan mendapat perhatian yang sewajarnya.
Pendapat majoriti operator radio amatur tidak dapat dikumpulkan secara rasmi untuk menguatkan usaha atau cadangan yang dapat memberi kebaikan kepada semua.
Mana-‐mana persatuan yang sedia ada tidak sesuai menjadi pertubuhan induk untuk gabungan kerana perlembagaan masing-‐masing mendahulukan kepentingan ahli individu yang berhak untuk mengundi daripada individu atau persatuan yang menjadi ahli bersekutu sahaja.
Contohnya isu adalah seperti :
Fi peruntukan radas radio amatur Fi dan caj kelulusan radas radio amatur oleh SIRIM Undang-‐undang dan garis panduan radio amatur Representasi yang sah dan rasmi untuk semua radio amatur Cadangan dan pendapat untuk penambahbaikan dan pembanguan radio amatur yang tidak langsung mendapat maklumbalas pihak yang bertanggungjawab Penguatkuasaan ke atas penggunaan frekuensi / spektrum radio amatur oleh pihak bukan pepegang lesen sah radio amatur Gangguan ke atas frekuensi / spektrum radio amatur Keperluan mendapatkan sokongan daripada persatuan tertentu untuk repeater, callsign dsb
ADAKAH PERTUBUHAN YANG BARU AKAN LEBIH EFEKTIF?
Pertubuhan berdaftar yang baru dapat dibentuk melalui perlembagaannya untuk mewakili semua persatuan dengan lebih adil, saksama dan telus. Semua persatuan mempunyai hak mengundi dan bersuara yang sama.
Pertubuhan berdaftar yang baru , yang mana ahlinya hanyalah peratuan-persatuan dan bukan individu, melalui perlembagaan baru yang dipersetujui oleh semua ahlinya, akan mewakili dan menjaga kepentingan semua persatuan dan ahli-‐ahli persatuan masing-‐masing
Tidak akan terdapat usaha kumpulan individu atau persatuan-‐persatuan tertentu untuk menguasai semua radio amatur di Malaysia kerana setiap persatuan mempunyai 1 undi masing-‐masing dan pemilihan adalah mengikut pilihan majoriti.Oleh yang demikian, pertubuhan baru tersebut akan menyuarakan pendapat dan menjaga kepentingan majoriti persatuan-persatuan.
Cara ini adalah berkesan kerana model gabungan industri ini dinyatakan di dalam CMA 1998 dan diguna pakai oleh SKMM :-
Kepentingan syarikat-‐syarikat telekomunikasi = Malaysian Access Forum Sdn Bhd dan Malaysian Technical Forum Sdn Bhd (pemegang sahamnya adalah semua sykt telekomuniasi di Malaysia)
Kepentingan pengguna-‐pengguna perkhidmatan telekomunikasi – Malaysian Consumer Forum (pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan yang mana ahli-‐ahlinya terdiri daripada semua persatuan-‐ persatuan pengguna di Malaysia)
Contoh-contoh lain:-
Federation of Malaysian Manufacturers Association FOMCA
Federation of Livestock Farmers’ Associations
Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia
Gabungan Pelajar Melayu Melayu Semenanjung
Kuala Lumpur Malay Chambers of Commerce
The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia
SEHARUSNYA PERSATUAN-‐PERSATUAN LAIN BERNAUNG DI BAWAH PERSATUAN TERTENTU YANG SEDIA ADA. ADAKAH INI TIDAK BOLEH DILAKUKAN ?
Persatuan tertentu yang mendakwa diiktiraf mengetuai semua radio amatur di Malaysia menerima individu dan persatuan sebagai ahli. Namun perlembagaannya hanya membenarkan ahli individu mengundi dan menjadi ajk. Oleh yang demikian, ianya mengutamakan kepentingan ahli yang berhak mengundi sahaja. Bagaimana pula hak dan kepentingan persatuan yang menjadi ahli bersekutu sahaja? Jika persatuan dibenarkan mengundi sekali pun, 1 undi individu tidak sama dengan 1 undi dari satu persatuan yang ahlinya ramai.
Akta Pertubuhan dan Akta Komunikasi dan Multimedia tidak memberi kecenderungan atau memihak kepada persatuan tertentu sahaja kerana undang-‐undang tidak memihak kepada sesiapa pun. Jika ada disebut di dalam peraturan, kaedah atau garispanduan, maka ianya tidak selari dan bercanggah dengan Akta induk.
Senario radio amatur di Malaysia sekarang membuka peluang kepada mana-‐mana individu untuk mendaftar pertubuhan baru dan bergerak di dalamnya mengikut kecenderungan dan minat masing-‐masing. Ini perlu disokong atas dasar keadilan hak masing-‐masing dan membantu perluasan dan pembanguan dunia dan industri radio amatur di Malaysia.
Jika terdapat mana-‐mana persatuan yang :
Bersikap adil kepada persatuan-‐persatuan yang menjadi ahlinya dengan membolehkan mereka mengundi semasa AGM/EGM; Tiada masalah pengurusan, akaun tahunan atau pentadbiran; Bersikap telus, tiada layanan memilih; Bertanggungjawab menyebarkan laporan, hasil mesyuarat yang dihadiri wakilnya di peringkat dalaman atau antarabangsa kepada semua radio amatur di Malaysia
maka, sokongan seharusnya diberikan.
Realitinya, tiada mana-‐mana persatuan yang ada sekarang yang dapat memenuhi kriteria di atas.
ADAKAH PERANAN DAN FUNGSI PERSATUAN-‐PERSATUAN SEDIA ADA AKAN DIAMBILALIH OLEH PERTUBUHAN GABUNGAN BARU?
Tidak sama sekali, malah pertubuhan baru akan menyokong semua objektif, peranan rasmi dan aktiviti-‐aktiviti persatuan masing-‐masing.
Sebagai contoh, pertubuhan baru akan menyokong persatuan yang menjadi wakil untuk Malaysia di dalam IARU dan akan membantu persatuan tersebut menyebarkan kepada semua hasil mesyuarat dan konvensyen IARU.
Jika mana-‐mana persatuan sedia ada menjadi tuan rumah kepada GAREC, SEANET, IARU Convention, Globalset dsb, gabungan baru akan menyokong persatuan tersebut dan memastikan semua membantu menjayakannya demi maruah dan kepentingan semua amateur radio di Malaysia.
TUJUAN PENUBUHAN
Jalan terbaik untuk menggabungkan semua persatuan dengan telus, terbuka, adil dan tanpa sebarang isu atau agenda
Mengguna pakai model industri yang diperuntukkan oleh CMA 98 untuk industri telekomunikasi dan diterima oleh SKMM
Tidak ketentuan masa dan isu-‐isu dalaman persatuan dapat dielakkan jika mana-‐mana persatuan yang sedia ada meminda perlembagaan pertubuhannya untuk mengambil peranan sebagai pertubuhan gabungan seperti yang dicadangkan
Mempercepatkan inisiatif-‐inisiatif bersepadu untuk memberi keadilan yang saksama kepada semua persatuan dan individu radio amatur di dalam menangani isu-‐isu radio amatur yang sekian lama tertunggak
OBJEKTIF UTAMA MARL
Menyatupadukan semua persatuan radio amatur di Malaysia di bawah satu naungan untuk mengukuhkan suara semua operator radio amatur di Malaysia dalam menyuarakan pendapat dan menjaga kepentingan radio amatur seluruh Malaysia. Memastikan dan menjaga kepentingan semua operator radio amatur berkaitan undang-‐undang, peraturan, garispanduan dan polisi yang melibatkan radio amatur di Malaysia Memastikan wakil yang mewakili radio amatur di dalam mana-‐mana urusan rasmi dengan SKMM atau mana-‐mana agensi lain adalah wakil yang dipersetujui oleh semua radio amatur di Malaysia Menggerak dan menyokong segala usaha untuk pembangunan industri radio amatur di Malaysia yang memanfaatkan semua operator radio amatur seluruh negara.
SEHARUSNYA PERSATUAN-‐PERSATUAN LAIN BERNAUNG DI BAWAH PERSATUAN TERTENTU YANG SEDIA ADA. ADAKAH INI TIDAK BOLEH DILAKUKAN ?
Persatuan tertentu yang mendakwa diiktiraf mengetuai semua radio amatur di Malaysia menerima individu dan persatuan sebagai ahli. Namun perlembagaannya hanya membenarkan ahli individu mengundi dan menjadi ajk. Oleh yang demikian, ianya mengutamakan kepentingan ahli yang berhak mengundi sahaja. Bagaimana pula hak dan kepentingan persatuan yang menjadi ahli bersekutu sahaja? Jika persatuan dibenarkan mengundi sekali pun, 1 undi individu tidak sama dengan 1 undi dari satu persatuan yang ahlinya ramai.
Akta Pertubuhan dan Akta Komunikasi dan Multimedia tidak memberi kecenderungan atau memihak kepada persatuan tertentu sahaja kerana undang-‐undang tidak memihak kepada sesiapa pun. Jika ada disebut di dalam peraturan, kaedah atau garispanduan, maka ianya tidak selari dan bercanggah dengan Akta induk.
Senario radio amatur di Malaysia sekarang membuka peluang kepada mana-‐mana individu untuk mendaftar pertubuhan baru dan bergerak di dalamnya mengikut kecenderungan dan minat masing-‐masing. Ini perlu disokong atas dasar keadilan hak masing-‐masing dan membantu perluasan dan pembanguan dunia dan industri radio amatur di Malaysia.
Jika terdapat mana-‐mana persatuan yang :
Bersikap adil kepada persatuan-‐persatuan yang menjadi ahlinya dengan membolehkan mereka mengundi semasa AGM/EGM; Tiada masalah pengurusan, akaun tahunan atau pentadbiran; Bersikap telus, tiada layanan memilih; Bertanggungjawab menyebarkan laporan, hasil mesyuarat yang dihadiri wakilnya di peringkat dalaman atau antarabangsa kepada semua radio amatur di Malaysia
Maka, sokongan seharusnya diberikan.